Thursday, May 25, 2017

Program Santai Srikandi UKM 19-21 Mei 2017


Assalamualaikum wbt

Kem Iman mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan serta pengunjung blog ini. Semoga ibadah puasa kita nanti diterima oleh Allah swt.

Sebagai penutup sebelum bermulanya bulan Ramadhan yang mulia, pihak Kem Iman menerima kunjungan mahasiswi-mahasiswi UKM sempena Program Santai Srikandi Kebangsaan. Program ini memang khusus untuk mahasiswi, jadi memang tiada lelaki yang terlibat. Seronok melihat mereka menjalankan aktiviti sesama kaum hawa tapi pada masa yang sama curi-curi masa untuk siapkan assignment yang berlambak.Apa pun, good luck semua untuk final exam anda semester ini. Kepada ahli Srikandi yang tak dapat join mmg rugi sebab mlm terakhir hidangan BBQ kami memang terbaeeek. Semoga berpuas hati dengan layanan yang diberikan.





Wednesday, May 17, 2017

Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sg Jelok, Kajang

Tarikh: 17 - 18 Mei 2017
Tempat: Kem Iman dSemungkis, Hulu Langat
Aktiviti: Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sg Jelok
Bilangan peserta: 80 orang

Terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Sg Jelok yang memilih Kem Iman dSemungkis sebagai lokasi tapak perkhemahan. Mudah-mudahan program yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan. Besar juga harapan pihak Kem Iman semoga perkhidmatan yang disediakan memuaskan hati semua pihak.










Monday, May 1, 2017

Perkhemahan Sekolah Rendah Islam Al Amin, Wilayah Persekutuan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pada 28 - 30 April 2017, Sekolah Rendah Islam Al Amin telah menganjurkan perkhemahan untuk seramai lebih satu ratus orang murid-muridnya di Kem Iman dSemungkis.

Pelbagai aktiviti dalam dewan dan aktiviti luar termasuk aktiviti di kolam renang dan sungai telah dijalankan. Murid-murid kelihatan seronok menyertai pelbagai aktiviti di sepanjang perkhemahan.

Kem Iman ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan para guru pengiring daripada Sekolah Rendah Islam Al Amin kerana sudi memilih Kem Iman sebagai lokasi perkhemahan. Diharap pihak pengurusan sekolah berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah kami sediakan. Sebarang kekurangan di pihak kami dipohon kemaafan. Semoga bertemu lagi di lain masa.

Pihak Kem Iman juga mendoakan semoga para pelajar yang menyertai program ini berjaya menjadi insan yang cemerlang dalam segenap lapisan bidang yang diceburi. Tidak lupa semoga Allah membalas jasa dan penat lelah para guru yang bertungkus-lumus mengadakan aktiviti untuk manfaat para pelajarnya.

Sekian, terima kasih.


Aktiviti luar


Aktiviti air



Waktu makan




Sunday, March 26, 2017

KEM REMAJA selfie 360 "Transformation To A New You"


KEM REMAJA selfie 360 "Transformation To A New You"
21 - 23 Mac 2017

 Kem Selfie 360 anjuran Yayasam Moda Jameela & SRA Capital Ventures telah diadakan di Kem dSemungkis.
Peserta kem diajar berinteraksi sesama mereka untuk menanam rasa keyakinan berhadapan dengan orang ramai dan menghadapi dunia di luar sana. Skil komunikasi peserta juga dapat diasah dalam program ini.
 Aktiviti santai di kolam renang.

 Adik-adik mandi & berenang sampai puas.

 Mari memasak.
 Memasak nasi tanpa menggunakan periuk elektrik.

Terima kasih kerana sudi bertandang di Kem Iman dSemungkis.

Friday, February 24, 2017

Retreat Career Team Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 11-12 Februari 2017

Alhamdulillah, baru-baru ini, Career Team UIAM telah mengadakan Retreat di Kem Iman.
Pelbagai aktiviti dan gelagat mereka boleh disaksikan melalui gambar gambar yang kami kongsikan di blog ini. Terima kasih kepada













Firdaus kerana sudi berkongsi gambar program mereka dengan Kem Iman.
Terima kasih juga untuk semua puji-pujian terhadap Kem Iman dan jangan lupa datang lagi ya.

Gambar-gambar Terkini Kem Iman dan Harga 2017

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Maaf dah lama kami tak update blog ini, tetapi bisnes masih berjalan seperti biasa.

Bagi tahun 2017, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa kami masih mengenakan kadar harga yang sama. Rate kami masih sama sejak 2014. Jadi jangan rasa bimbang kerana meskipun harga minyak naik, harga barang semua naik tetapi kami masih mengekalkan harga agar semua pihak berpuas hati dan mampu menyertai program di tempat kami.

Kami faham dilema guru-guru yang cuba mencari Kem paling murah dan ibu bapa yang menghadapi masalah membayar yuran penyertaan anak-anak jika harga yang dikenakan mahal. Kerana itu, Kem  Iman masih mengenakan harga yang sama walaupun kemudahan telah di tambahbaik. Contohnya kami kini telah memiliki dewan berhawa dingin untuk keselesaan sepanjang program..

Kami mengalu alukan sebarang pertanyaan lanjut tentang Kem ini. Jika ada yang mahu memasak sendiri juga dibenarkan dengan syarat bilangan peserta dan guru mestilah 100 orang ke atas. Dapur dan semua peralatan serta peti ais dan freezer ada disediakan. Boleh bergotong royong memasak makanan sepanjang program, hanya bawa bahan untuk dimasak sahaja. Sesekali beri peluang murid bergotong royong memasak secara berkumpulan dengan pemantauan guru, pasti pengalaman baharu yang berharga untuk mereka.

Kepada pelanggan tetap yang setiap tahun tidak jemu jemu menyokong Kem Iman, ribuan terima kasih kami ucapkan. Semoga tuan/puan tidak jemu datang lagi pada masa hadapan.

Kem Iman juga maklum bahawa terdapat kebimbangan dalam kalangan pentadbir dan guru tentang wabak kencing tikus di Sg Congkak, Hulu Langat. Suka saya maklumkan bahawa Sungai Semungkis dan
Sungai Congkak bukan tempat yang sama walaupun masih dalam daerah Hulu Langat. Sg Congksk terletak di Batu 22 manakala Kem Iman di Bt 15. Walau bagaimanapun, jika masih ragu ragu untuk menjalankan aktiviti air, masih banyak aktiviti yang boleh dijalankan di Kem Iman, yang langsung tidak melibatkan air. Aktiviti tersebut boleh dibincangkan dengan fasilitator program tuan/puan, atau boleh juga menggunakan fasilitator yang disediakan pihak Kem Iman.

Yang penting, murid-murid seronok dapat berada di tempat baru dan menimba pengalaman baru, tidak hanya terkurung di kawasan persekitaran sekolah sahaja.

Akhir kata, dipaparkan gambar-gambar terkini Kem Iman untuk tatapan semua.