Friday, February 24, 2017

Retreat Career Team Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 11-12 Februari 2017

Alhamdulillah, baru-baru ini, Career Team UIAM telah mengadakan Retreat di Kem Iman.
Pelbagai aktiviti dan gelagat mereka boleh disaksikan melalui gambar gambar yang kami kongsikan di blog ini. Terima kasih kepada













Firdaus kerana sudi berkongsi gambar program mereka dengan Kem Iman.
Terima kasih juga untuk semua puji-pujian terhadap Kem Iman dan jangan lupa datang lagi ya.

Gambar-gambar Terkini Kem Iman dan Harga 2017

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Maaf dah lama kami tak update blog ini, tetapi bisnes masih berjalan seperti biasa.

Bagi tahun 2017, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa kami masih mengenakan kadar harga yang sama. Rate kami masih sama sejak 2014. Jadi jangan rasa bimbang kerana meskipun harga minyak naik, harga barang semua naik tetapi kami masih mengekalkan harga agar semua pihak berpuas hati dan mampu menyertai program di tempat kami.

Kami faham dilema guru-guru yang cuba mencari Kem paling murah dan ibu bapa yang menghadapi masalah membayar yuran penyertaan anak-anak jika harga yang dikenakan mahal. Kerana itu, Kem  Iman masih mengenakan harga yang sama walaupun kemudahan telah di tambahbaik. Contohnya kami kini telah memiliki dewan berhawa dingin untuk keselesaan sepanjang program..

Kami mengalu alukan sebarang pertanyaan lanjut tentang Kem ini. Jika ada yang mahu memasak sendiri juga dibenarkan dengan syarat bilangan peserta dan guru mestilah 100 orang ke atas. Dapur dan semua peralatan serta peti ais dan freezer ada disediakan. Boleh bergotong royong memasak makanan sepanjang program, hanya bawa bahan untuk dimasak sahaja. Sesekali beri peluang murid bergotong royong memasak secara berkumpulan dengan pemantauan guru, pasti pengalaman baharu yang berharga untuk mereka.

Kepada pelanggan tetap yang setiap tahun tidak jemu jemu menyokong Kem Iman, ribuan terima kasih kami ucapkan. Semoga tuan/puan tidak jemu datang lagi pada masa hadapan.

Kem Iman juga maklum bahawa terdapat kebimbangan dalam kalangan pentadbir dan guru tentang wabak kencing tikus di Sg Congkak, Hulu Langat. Suka saya maklumkan bahawa Sungai Semungkis dan
Sungai Congkak bukan tempat yang sama walaupun masih dalam daerah Hulu Langat. Sg Congksk terletak di Batu 22 manakala Kem Iman di Bt 15. Walau bagaimanapun, jika masih ragu ragu untuk menjalankan aktiviti air, masih banyak aktiviti yang boleh dijalankan di Kem Iman, yang langsung tidak melibatkan air. Aktiviti tersebut boleh dibincangkan dengan fasilitator program tuan/puan, atau boleh juga menggunakan fasilitator yang disediakan pihak Kem Iman.

Yang penting, murid-murid seronok dapat berada di tempat baru dan menimba pengalaman baru, tidak hanya terkurung di kawasan persekitaran sekolah sahaja.

Akhir kata, dipaparkan gambar-gambar terkini Kem Iman untuk tatapan semua.