Tuesday, September 26, 2017

Perkampungan Debat Kelab Debat UNITEN 22-24 September 2017

Assalamualaikum semua pengunjung blog Kem Iman.

Alhamdulillah baru-baru ini Kelab Debat Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah memilih Kem Iman sebagai lokasi perkampungan debat merdeka pada kali ini. Khabarnya perkampungan ini diadakan bersempena pertandingan Debat Piala Diraja 2017 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bilangan peserta yang tidak ramai membolehkan mereka berlatih dan menggunakan segala ruang dan peluang yang ada sebaik-baiknya. Selamat berjaya diucapkan kepada mereka. Semoga berjaya memenangi Debat Piala Diraja 2017. Kami kongsikan gambar mereka yang diambil pada akhir program tersebut.
.