Sunday, August 20, 2017

PROGRAM JEJAK GEMILANG 2017 SMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Assalamualaikum semua,

Minggu ini admin teruja berkongsi 3 program yang berlangsung di Kem Iman sepanjang minggu lepas. Program berturut turut allhamdulillah syukur kepada Allah swt.

Pada 18-19 Ogos 2017, SMA MAWIP yang terletak di Bdr Sri Permaisuri sekali lagi mengadakan program di Kem Iman. Kali ini peserta seramai 137 murid tingkatan 3 yang akan mengambil peperiksaaan PT3 tidak lama lagi. Mereka didedahkan dengan teknik menjawab matapelajaran tersetentu seperti Sains, Kemahiran Hidup, Matematik dan lain lain subjek lagi oleh penceramah jemputan dari sekolah lain.

Untuk makluman SMA MAWIP pernah mengadakan program Teknik Menjawab SPM untuk pelajar aliran perakaunan pada 14-16 Julai lepas di Kem Iman. Dan insyaAllah mereka akan kembali ke Kem iman pada 6-8 Oktober nanti untuk Bengkel Teknik Menjawab SPM subjek lain pula.

Terima kasih Cikgu Zaidi & Team guru gurunya yang tidak jemu jemu menjaga dan mengingatkan mereka agar menjaga disiplin semasa di Kem Iman.







Alhamdulillah mereka semua murid yang baik dan berdisiplin. Didoakan semua dapat straight A's dalam PT3, dengarnya trial pun mereka dapat buat dengan bagus, ramai yang dapat strainght A's. Alhamdulillah. Good luck semua. Begitu juga abang abang senior yang akan ambil SPM nanti.

Kerana jadual yang padat, hanya sebelum balik mereka dapat berposing sakan di Kem Iman. Di sini kami kongsikan gambar gambar mereka. Masih teringat puji pujian mereka tentang masakan di Kem Iman. Makcik masak sedap, kata mereka. Nasi lemak sedap, ayam masak merah sedap, kata mereka. Aik panggil makcik ke, panggil la kakak rasa muda dan semangat sikit nak masak lagi sedap hehehe..

Good luck anak anak pelajar PT3 dan SPM SMA MAWIP ... doa kami mengiringi kamu semua.

Jumpa lagi pada program 6-8 Oktober nanti. InsyaAllah.


UiTM Chamber Choir Intensive Camp 3.0 14-17 Ogos 2017

Assalamualaikum,


Kami di Kem Iman amat berbesar hati kerana UiTM Chamber Choir sudi mengadakan kem latihan intensif  selama 4 hari 3 malam untuk persiapan mereka menyertai Pertandingan di Greece pada bulan Oktober nanti. Kumpulan ini telah pernah menang tiga pingat emas dan mendapat 1 special award pada tahun lepas (2016) di Prague International Choir Competition. 

Untuk makluman, UiTM Chamber Choir (UCC) telah merangkul pingat emas (Gold A for Open Category)pada National Choir Competition 2017 bagi acara "The 15th Malaysia Choral Eisteddfod 2017". Acara tersebut adalah hasil kerjasama antara KPM dan Young Choral Academy. UiTM Chamber Choir pernah memenangi kategori yang sama pada tahun 2016. Hebatkan UiTM Chamber Choir ni. Dua tahun berturut-turut jadi johan walaupun kami difahamkan kumpulan ini baru ditubuhkan pada tahun 2015.

Pada hari terakhir sebelum berangkat pulang, UiTM Chamber Choir telah memberi kejutan dengan menyanyikan 5 buah lagu melayu tradisional secara medley kepada kami sebagai tanda terima kasih kepada pihak Kem Iman. Kami amat terharu mendengan nyanyian yang sungguh merdu dan harmoni, rasa nan menangis pun ada kerana inilah pertama kali kami diberi penghargaan sedemikian rupa. Begitu bersungguh sungguh mereka menyanyi dengan Dr. K sebagai konduktur. Rasanya lagu yang sama memberi mereka kemenangan di Prague tahun lepas. Silap la tak rakam pula nyanyian mereka hari tu. Terpegun sampai lupa segalanya.

Mereka puji masakan di Kem Iman sedap, terima kasih la adik adik semua, kami masak seikhlas hati dengan penuh kasih sayang cewaah, kerana kami masak untuk jamu orang macam mana kami nak makan. Terima kasih kerana suka masakan di Kem Iman.


Kepada Dr K, Jenna dan seluruh ahli pasukan, we wish you all Good Luck in the competition and please come again.

Di sini kami kongsikan beberapa gambar (ada di antaranya diambil dari FB mereka juga) untuk tatapan pengunjung blog Kem Iman D Semungkis.




Mereka seramai 34 orang diiringi koordinator muzik Dr. Masashi Kishimoto (Dr. K) yang sempoi, selamba je beliau makan sambal belacan. Kami di Kem Iman mendoakan UiTM Chamber Choir akan muncul sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut nanti.






Kegigihan mereka berlatih begitu membanggakan, sampai dalam dorm pun sempat lagi mereka mencuri masa untuk berlatih.



Bengkel Teknik Menjawab UPKK & PSRA Sekolah Agama KPI Bangi 12-13 Ogos 2017

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Iman Dsemungkis,

Baru baru ini Kem Iman D Semungkis dikunjungi murid murid Tahun 5 dan 6 dari Sek Agama KPI Bangi untuk menimba ilmu teknik menjawab daripada penceramah jemputan di samping merehatkan minda sebelum menghadapi peperiksaan UPKK dan PSRA yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sekolah ini pernah mengadakan program di Kem Iman pada tahun 2015 dan kembali lagi menjalankan program di tempat kami kerana harga yang amat berpatutan. Tahun ini para peserta dapat belajar di dalam dewan aircond yang lebih selesa untuk para peserta dan yang paling penting pada kadar harga yang sama seperti dua tahun lepas. Terima kasih Ustaz Fariz, sudi sudilah datang lagi ke Kem Iman ya.

Kami di Kem Iman mendoakan adik adik berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan nanti, tidak lupa juga dalam peperiksaan UPSR. Good Luck semua dan terima kasih kerana sudi bertandang ke Kem Iman. Kita tengok sama sama betapa gembiranya mereka dapat release tension dengan mandi kolam.