Wednesday, August 15, 2018

Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia 10-12 Ogos 2018

Alhamdulillah Kem Iman DSemungkis menjadi tuan rumah bagi himpuanan ini yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Para peserta terdiri daripada para mahasiswa beragama Islam berasal dari Indonesia yang menuntut di Tahun Kedua Universiti seluruh Malaysia. Selain itu terdapat juga urusetia yang terdiri daripada mahasiswa yang didatangkan khas dari Indonesia.

Semoga sukses dengan pengajian mereka dan dapat kembali ke tanah air dengan segulung ijazah. Aamiin.




Thursday, August 9, 2018

Kem Motivasi UPKK dan PSRA 2018 Sek Ren Islam Integrasi dan Tahfiz Saran

Assalamualaikum wbt,

SRI Integrasi dan Tahfiz SARAN, Rawang merupakan Pelanggan pertama kami selepas Hari Raya Aidiflitri. Alhamdulillah dapat feedback yang baik daripada guru-guru pengiring. Mereka masak sendiri untuk anak-anak murid seramai 90 orang ini. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya. Yang penting murid-murid dapat menyerap ilmu yang diajar dan gembira dengan persekitaran baharu. Di sini kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung sepanjang 2h 1 m mereka berkampung di sini.

Didoakan semoga anak-anak ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK dan PSRA nanti.Aamiin.
















Wednesday, August 8, 2018

Al Fatihah

Dukacita dimaklumkan bahawa pemilik Kem Iman D Semungkis Encik Zulkifli bin Mastuki
telah meninggal dunia pada 16 Julai 2018. Kepada sesiapa yang mengenali atau pernah berurusan dengan Allahyarham mohon doakan rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Mohon juga agar dapat dimaafkan segala silap salah allahyarham (jika ada), atau jika ada sebarang hutang Allahyarham mohon menghubungi warisnya.

Kem akan terus beroperasi mulai Ogos 2018.

Tuesday, May 22, 2018

Kem Kepimpinan dan Motivasi Kafa Darul Muhajirin Gombak 26-28 April 2018




Alhamdulillah selesai sudah Kem Motivasi dan Kepimpinan murid-murid KAFA Integrasi Al Muhajirin, Gombak. Program dikendalikan pihak Kem Iman menggunakan khidmat fasilitator dari UKM dan Ex- UTEM. Gembira nampaknya mereka sepanjang berada di sini. Semoga bawa balik pengalaman berharga dan kesedaran untuk menjadi insan yang berguna kepada Ibu bapa, agama, bangsa dan negara.

Kem PRS Muda SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi 27-28 April 2018

Foto Seynorita Hamzah.Foto Seynorita Hamzah.Foto Seynorita Hamzah.Foto Seynorita Hamzah.






Kem Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Muda SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi diadakan selama 2h 1 m di Kem Iman D Semungkis. Fasilitator didatangkan dari UKM dan ex UTEM. Alhamdulillah murid murid gembira, siap puji makanan sedap. Jangan lupa datang lagi ya.