Saturday, October 6, 2012

Promosi Perkelahan / Percutian Sempena Cuti Sekolah di Kem Iman

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Menjelang musim peperiksaan akhir tahun dan lain-lain peperiksaan utama seperti PMR dan SPM, Kem Iman percaya bukan sahaja para pelajar yang sedang bertungkus-lumus membuat persiapan menghadapi peperiksaan, malah ibu bapa juga kadangkala mengalami kerisauan yang lebih lagi berbanding anak masing-masing yang akan menduduki peperiksaan.

Saranan Kem Iman, janganlah anak-anak kita diberi tekanan yang keterlaluan bagi menghadapi peperiksaan. Nasihat dan galakan perlu diberikan secara berpada-pada. Ini kerana persiapan untuk menghadapi peperiksaan tidak sepatutnya bermula seminggu ataupun sebulan sebelum peperiksaan, sebaliknya perlulah dimulakan secara konsisten sedari awal mula persekolahan.

Apapun, Kem Iman mendoakan yang terbaik untuk semua para pelajar di luar sana. Peperiksaan yang kalian akan hadapi adalah satu daripada pelbagai lagi cabaran hidup yang tidak dapat tidak, perlu ditempuhi dalam mematangkan diri. Oleh itu, sentiasalah berusaha dan jangan cepat berputus asa.

Baiklah, sebenarnya posting pada kali ini bukanlah untuk berbicara berkenaan dengan tips-tips peperiksaan dan motivasi pelajar atau ibu bapa. Menjelang berakhirnya peperiksaan kelak, sudah pasti musim cuti persekolahan menjelang tiba. Apalah salahnya kita sebagai ibu bapa merancang perkelahan yang santai untuk anak-anak semasa cuti persekolahan nanti bagi menghargai usaha dan penat lelah mereka yang baru selesai menduduki peperiksaan dan bagi menghilangkan stress.

Lanjutan daripada itu, sekiranya sebelum ini menjadi kelaziman Kem Iman diinap oleh peserta program motivasi, sukacitalah Kem Iman ingin menawarkan Promosi Perkelahan Sempena Cuti Persekolahan di Kem Iman kepada keluarga yang berminat. Ya, maksudnya Kem Iman akan dibuka kepada mana-mana keluarga yang ingin berkelah dan boleh menggunakan kemudahan di Kem Iman tertakluk kepada terma dan syarat. Tiada bilangan minimum diperlukan dan pengunjung boleh memilih samada ingin menginap di Kem Iman atau tidak.

Untuk pertanyaan lanjut, sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi En. Zul atau Puan Norita di talian yang tertera atau emelkan pertanyaan ke alamat imandsemungkis@gmail.com.

Sudi-sudikan...

Thursday, September 27, 2012

Tarikan Baru Kem Iman - musang terbang @ flying fox

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kem Iman dengan besar hati ingin meuar-uarkan tarikan terbaru di Kem Iman iaitu, kemudahan untuk menjalankan aktiviti flying fox. Panjang kabel dianggarkan lebih kurang 100 meter dan tapak mula setinggi kira-kira 15 meter. Cukup untuk memberikan pengalaman menarik  kepada sesiapa yang berani mencuba dan dapat menanam keyakinan kendiri dalam diri individu terutamanya peserta kem yang terdiri daripada para pelajar.

Di samping itu, bagi menambahkan debaran, kemudahan ini yang bermula dari cerun bukit akan melintasi beberapa bangunan, padang dan anak sungai di sepanjang laluannya. Bagi memastikan tahap keselamatan yang terjamin, para peserta akan dilengkapi dengan alatan keselamatan dan diselia oleh jurulatih-jurulatih yang mahir dan bertauliah.

Di bawah ini Kem Iman sertakan beberapa gambar berkaitan untuk tatapan semua.

on your markkkkk........

readyyyyyyy..........
 

flyyyyyyyyyy...........

oooopsssss!!!!

thats it boys! you've finished!

dah habis ke? tak puas la, kena buat aktiviti di kem iman lagi ni nampak gayanya, hehehe...

 Sekian, terima kasih.

Monday, March 5, 2012

MRSM KUALA KLAWANG

Salam dan selamat sejahtera.
Kem Iman ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MRSM Kuala Klawang yang sudi menjalankan aktiviti mereka disini pada 2/3 -4/3/2012.

Antara aktiviti yang dijalankan




Terima kasih daun keladi semuga kenangan di Kem Iman menjadi salah satu memori terindah buat anda dan selamat maju jaya. Terima Kasih.

Monday, February 27, 2012

GAMBAR TERBARU KEM IMAN

Salam dan Selamat Sejahtera.
Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar terbaru Kem Iman untuk tatapan semua.
Dewan baru yang boleh memuatkan sehingga 250 peserta.

Bangunan baru 2 tingkat yang mengandungi 10 buah bilik menjadikan jumlah keseluruhan bilik di Kem Iman kepada 25.




Tandas yang terdapat disetiap bilik


 Bilik Menunggu VIP





 Lounge/Bilik Menunggu




Tempat cuci tangan dan pinggan