Saturday, October 6, 2012

Promosi Perkelahan / Percutian Sempena Cuti Sekolah di Kem Iman

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Menjelang musim peperiksaan akhir tahun dan lain-lain peperiksaan utama seperti PMR dan SPM, Kem Iman percaya bukan sahaja para pelajar yang sedang bertungkus-lumus membuat persiapan menghadapi peperiksaan, malah ibu bapa juga kadangkala mengalami kerisauan yang lebih lagi berbanding anak masing-masing yang akan menduduki peperiksaan.

Saranan Kem Iman, janganlah anak-anak kita diberi tekanan yang keterlaluan bagi menghadapi peperiksaan. Nasihat dan galakan perlu diberikan secara berpada-pada. Ini kerana persiapan untuk menghadapi peperiksaan tidak sepatutnya bermula seminggu ataupun sebulan sebelum peperiksaan, sebaliknya perlulah dimulakan secara konsisten sedari awal mula persekolahan.

Apapun, Kem Iman mendoakan yang terbaik untuk semua para pelajar di luar sana. Peperiksaan yang kalian akan hadapi adalah satu daripada pelbagai lagi cabaran hidup yang tidak dapat tidak, perlu ditempuhi dalam mematangkan diri. Oleh itu, sentiasalah berusaha dan jangan cepat berputus asa.

Baiklah, sebenarnya posting pada kali ini bukanlah untuk berbicara berkenaan dengan tips-tips peperiksaan dan motivasi pelajar atau ibu bapa. Menjelang berakhirnya peperiksaan kelak, sudah pasti musim cuti persekolahan menjelang tiba. Apalah salahnya kita sebagai ibu bapa merancang perkelahan yang santai untuk anak-anak semasa cuti persekolahan nanti bagi menghargai usaha dan penat lelah mereka yang baru selesai menduduki peperiksaan dan bagi menghilangkan stress.

Lanjutan daripada itu, sekiranya sebelum ini menjadi kelaziman Kem Iman diinap oleh peserta program motivasi, sukacitalah Kem Iman ingin menawarkan Promosi Perkelahan Sempena Cuti Persekolahan di Kem Iman kepada keluarga yang berminat. Ya, maksudnya Kem Iman akan dibuka kepada mana-mana keluarga yang ingin berkelah dan boleh menggunakan kemudahan di Kem Iman tertakluk kepada terma dan syarat. Tiada bilangan minimum diperlukan dan pengunjung boleh memilih samada ingin menginap di Kem Iman atau tidak.

Untuk pertanyaan lanjut, sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi En. Zul atau Puan Norita di talian yang tertera atau emelkan pertanyaan ke alamat imandsemungkis@gmail.com.

Sudi-sudikan...

No comments:

Post a Comment