Sunday, November 10, 2013

Kunjungi dan Nikmati Keseronokan Air Terjun

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih kepada semua pelanggan Kem Iman D Semungkis yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan memilih Kem Iman D Semungkis untuk merealisasikan program mereka. Kem Iman ingin memaklumkan tarikan terkini yang ditawarkan pihak kami iatu Jungle Trekking ke Air Terjun. Perjalanan mengambil masa antara 45 minit ke 1 jam sahaja dan anda dapat menikmati aktiviti mandi manda yang menyeronokkan. Air terjun ini juga sesuai dikunjungi murid-murid sekolah kerana perjalanan yang tidak terlalu jauh dan persekitaran yang tidak membahayakan. Anda pasti gembira menikmati suasana nyaman di sini. Apa lagi.. rancanglah program anda bersama kami. Kami selitkan gambar-gambar kunjungan mahasiswa Kolej Canselor UPM ke air terjun tersebut. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment