Monday, February 14, 2011

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011

Salam dan sejahtera,

Pada kesempatan kali ini, Kem Iman suka untuk mewar-warkan Pesta Belon Panas Putrajaya 2011 yang dijadualkan pada 18 - 20 Mac 2011 ini di tapak yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini, iaitu Presint 2.

Secara umumnya, pesta ini akan menampilkan belon-belon panas bukan sahaja dari negara Malaysia tetapi juga dari pelbagai negara luar. Sekiranya ada yang ingin merasai pengalaman menaiki belon panas, sila bersedia untuk beratur sepanjang sehingga 1 km seawal jam 6.30 pagi. Namun, sila jangan mengimpikan bahawa anda akan dibawa menaiki belon panas dan terbang di ruang udara Putrajaya. Apa yang akan berlaku adalah anda akan menaiki belon panas secara vertical (menegak) dan turun semula ke bawah untuk tempoh waktu yang sekejap sahaja. 

Selain daripada itu, para pengunjung yang datang dari luar Putrajaya bolehlah mengambil peluang  ini untuk melawati Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang terkenal dengan keindahan arkitektur bangunannya, menaiki cruise melayari tasik Putrajaya mahupun sekadar

Memandangkan Kem Iman masih dalam peringkat awal penubuhannya, kami tidak dapat menghantar belon panas kami untuk tahun 2011 ini. Walau bagaimanapun, kepada pihak pentadbiran sekolah terutamanya sekolah-sekolah daripada luar Lembah Kelang yang berhasrat membawa para pelajar ke acara ini bolehlah mempertimbangkan untuk menginap di kem Iman sekiranya ada kekosongan memandangkan tarikh tersebut jatuh pada cuti pertengahan penggal persekolahan

Untuk tujuan rujukan, kami sertakan juga takwim sekolah bagi tahun 2011 seperti berikut:

Takwim Sekolah 2011 Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 21
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16




II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 14
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 20
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 21
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14




Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78


   Kumpulan B :

  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
Sekian.

Pengunjung Kem Iman - Update

Salam dan sejahtera,

1.     Pada entry kali ini, Kem Iman suka untuk berkongsi dengan para pembaca yang budiman, mengenai para pengunjung Kem Iman yang telah sudi mengadakan aktiviti di sini, seperti berikut:

     i.          Organisasi:     Kolej Komuniti Hulu Langat
                 Aktiviti:         Kem Pembangunan Diri
                 Tarikh:          09 - 10 Oktober 2010

     ii.         Organisasi:     SK Sungai Melut (A), Sepang
                 Aktiviti:         Kem Kecemerlangan dan Jati Diri (KENDIRI)
                 Tarikh:          12 - 14 Oktober 2010

     iii.        Organisasi:     SK Bukit Raya, Cheras
                 Aktiviti:         Kem Unit Beruniform
                 Tarikh:          15 - 17 Oktober 2010
 
     iv.        Organisasi:     SK Dato' Abu Bakar Baginda
                 Aktiviti:         Team Building
                 Tarikh:          23 Oktober 2010

     v.         Organisasi:     Jabatan Pelajaran Selangor
                 Aktiviti:         Kem Kepimpinan & Jati Diri (KENDIRI)
                 Tarikh:          09 - 11 November 2010

     vi.        Organisasi:     Politeknik Johor Bahru
                 Aktiviti:         Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Siswa
                 Tarikh:          12 - 14 November 2010
 
     vii.       Organisasi:     Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA
                 Aktiviti:         Kem Bina Akhlak Remaja (KEMBARA)
                 Tarikh:          22 - 24 November 2010

     viii.      Organisasi:     SMK Seri Garing, Rawang
                 Aktiviti:         Kem Pembangunan Sahsiah Pelajar
                 Tarikh:          26 - 28 November 2010

     ix.        Organisasi:     Jabatan Pelajaran Selangor
                 Aktiviti:         Kem Motivasi & Sahsiah Diri (MISI '10)
                 Tarikh:          03 - 05 Disember 2010

      x.         Organisasi:     Anak-anak Warga Petronas KLCC
                 Aktiviti:         Kem Motivasi Unggul Diri (KEMUDI)
                 Tarikh:          11 - 12 Disember 2010

      xi.        Organisasi:     Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan
                                      Sultan Idris
                 Aktiviti:         Kem Kepimpinan Jawatankuasa Kepimpinan
                                     Kolej
                 Tarikh:          14 - 16 Disember 2010

     xii.       Organisasi:     PERKIM Desa Setapak dan PERKIM
                                     Bahagian Kuala Lumpur
                 Aktiviti:         Kem Jati Diri Remaja Islam 2010
                 Tarikh:          25 - 26 Disember 2010
  
     xiii.      Organisasi:     Kolej Harun Aminurrashid, Universiti
                                     Pendidikan Sultan Idris
                 Aktiviti:         Bengkel Pemantapan Organisasi,
                                     Jawatankuasa Kepimpinan Kolej
                 Tarikh:          29 - 31 Januari 2011

 2.     Berikut adalah sedikit memori imbasan para pengunjung sepanjang aktiviti di Kem Iman. Gambar-gambar lain yang berkaitan boleh didapati di laman facebook Kem Iman.



















3.     Terima kasih kepada semua pengunjung Kem Iman yang dihormati. Sudi-sudikan untuk memberikan maklum balas tuan-tuan dan puan-puan berkenaan Kem Iman dan sila-silakan untuk berkunjung sekali lagi bagi mengalami kemudahan yang telah dinaiktaraf untuk semua pengunjung Kem Iman.

Sekian.