Sunday, August 20, 2017

UiTM Chamber Choir Intensive Camp 3.0 14-17 Ogos 2017

Assalamualaikum,


Kami di Kem Iman amat berbesar hati kerana UiTM Chamber Choir sudi mengadakan kem latihan intensif  selama 4 hari 3 malam untuk persiapan mereka menyertai Pertandingan di Greece pada bulan Oktober nanti. Kumpulan ini telah pernah menang tiga pingat emas dan mendapat 1 special award pada tahun lepas (2016) di Prague International Choir Competition. 

Untuk makluman, UiTM Chamber Choir (UCC) telah merangkul pingat emas (Gold A for Open Category)pada National Choir Competition 2017 bagi acara "The 15th Malaysia Choral Eisteddfod 2017". Acara tersebut adalah hasil kerjasama antara KPM dan Young Choral Academy. UiTM Chamber Choir pernah memenangi kategori yang sama pada tahun 2016. Hebatkan UiTM Chamber Choir ni. Dua tahun berturut-turut jadi johan walaupun kami difahamkan kumpulan ini baru ditubuhkan pada tahun 2015.

Pada hari terakhir sebelum berangkat pulang, UiTM Chamber Choir telah memberi kejutan dengan menyanyikan 5 buah lagu melayu tradisional secara medley kepada kami sebagai tanda terima kasih kepada pihak Kem Iman. Kami amat terharu mendengan nyanyian yang sungguh merdu dan harmoni, rasa nan menangis pun ada kerana inilah pertama kali kami diberi penghargaan sedemikian rupa. Begitu bersungguh sungguh mereka menyanyi dengan Dr. K sebagai konduktur. Rasanya lagu yang sama memberi mereka kemenangan di Prague tahun lepas. Silap la tak rakam pula nyanyian mereka hari tu. Terpegun sampai lupa segalanya.

Mereka puji masakan di Kem Iman sedap, terima kasih la adik adik semua, kami masak seikhlas hati dengan penuh kasih sayang cewaah, kerana kami masak untuk jamu orang macam mana kami nak makan. Terima kasih kerana suka masakan di Kem Iman.


Kepada Dr K, Jenna dan seluruh ahli pasukan, we wish you all Good Luck in the competition and please come again.

Di sini kami kongsikan beberapa gambar (ada di antaranya diambil dari FB mereka juga) untuk tatapan pengunjung blog Kem Iman D Semungkis.




Mereka seramai 34 orang diiringi koordinator muzik Dr. Masashi Kishimoto (Dr. K) yang sempoi, selamba je beliau makan sambal belacan. Kami di Kem Iman mendoakan UiTM Chamber Choir akan muncul sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut nanti.






Kegigihan mereka berlatih begitu membanggakan, sampai dalam dorm pun sempat lagi mereka mencuri masa untuk berlatih.



No comments:

Post a Comment