Monday, May 1, 2017

Perkhemahan Sekolah Rendah Islam Al Amin, Wilayah Persekutuan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pada 28 - 30 April 2017, Sekolah Rendah Islam Al Amin telah menganjurkan perkhemahan untuk seramai lebih satu ratus orang murid-muridnya di Kem Iman dSemungkis.

Pelbagai aktiviti dalam dewan dan aktiviti luar termasuk aktiviti di kolam renang dan sungai telah dijalankan. Murid-murid kelihatan seronok menyertai pelbagai aktiviti di sepanjang perkhemahan.

Kem Iman ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan para guru pengiring daripada Sekolah Rendah Islam Al Amin kerana sudi memilih Kem Iman sebagai lokasi perkhemahan. Diharap pihak pengurusan sekolah berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah kami sediakan. Sebarang kekurangan di pihak kami dipohon kemaafan. Semoga bertemu lagi di lain masa.

Pihak Kem Iman juga mendoakan semoga para pelajar yang menyertai program ini berjaya menjadi insan yang cemerlang dalam segenap lapisan bidang yang diceburi. Tidak lupa semoga Allah membalas jasa dan penat lelah para guru yang bertungkus-lumus mengadakan aktiviti untuk manfaat para pelajarnya.

Sekian, terima kasih.


Aktiviti luar


Aktiviti air



Waktu makan




No comments:

Post a Comment