Monday, May 10, 2010

Putrajaya Floria Festival 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini, Kem Iman suka untuk mewar-warkan kedatangan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2010 yang akan berlangsung sekali lagi selama 9 hari mulai 10 Julai - 18 Julai 2010 di Putrajaya.

Putrajaya Floria 2010 adalah acara bertaraf antarabangsa yang dihoskan oleh Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Terdapat banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk pengunjung. Pada waktu malam, semua tarikan tersebut seperti bunga-bunga dan taman akan dihiasi dengan cahaya yang menampilkan pandangan memukau yang terhasil oleh cahaya dari bangunan, struktur dan jambatan di Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut,sila layari http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/index.html

Jadi, apa kaitannya dengan Kem Iman?

Lanjutan daripada ini juga, kepada mana-mana kumpulan/persatuan/kelab/kariah yang berhajat untuk menyaksikan acara ini tetapi tidak mempunyai tempat penginapan, adalah dialu-alukan untuk menginap di Kem Iman D'Semungkis. Sambil menyaksikan floria 2010 Putrajaya, bolehlah menyegarkan badan di sini. Tarikh, jenis dan kadar penginapan bolehlah menghubungi En. Zul atau Pn. Norita di talian seperti yang tertera.

Walau bagaimanapun, keutamaan adalah pada hari-hari bekerja memandangkan jadual Kem Iman D'Semungkis kebiasaannya penuh pada waktu hujung minggu dan sememangnya kami memberi keutamaan kepada tempahan berkumpulan bagi mengadakan aktiviti luar pada hujung minggu. Maklumlah, ini merupakan aktiviti utama kami (our core business).

Selain daripada itu, Kem Iman turut mengalu-alukan lain-lain kumpulan seperti alumni dan kumpulan-kumpulan persendirian untuk mengadakan jamuan gathering, reunion, hari keluarga atau lain-lain jenis aktiviti seumpamanya di sini. Tidak ketinggalan untuk backpackers atau travellers yang memerlukan penginapan dengan kadar yang berpatutan. Kami turut terbuka untuk berbincang mengenai lain-lain jenis tempahan dan acara yang boleh dijalankan di Kem Iman asalkan mematuhi polisi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kami.

Ini adalah antara beberapa cadangan yang sedang kami fikir-fikirkan dan akan diterokai potensinya untuk memastikan jadual Kem Iman dapat dipenuhi bukan sekadar pada hujung minggu sahaja. Kem Iman berharap untuk mendapatkan maklumbalas daripada pembaca yang budiman, sebarang pandangan dan cadangan adalah dialu-alukan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment