Monday, May 10, 2010

IKTBN Sepang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 30 April 2010 sehingga 2 Mei 2010 yang lalu (Jumaat - Ahad), Kem Iman D'Semungkis telah menerima kehadiran sekumpulan pelatih dari IKTBN (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara) Sepang bagi menjalani program luar mereka yang dikenali sebagai Program Citra Ibadah - Cintai Al Quran. Program ini telah dikendalikan oleh perunding Exact Training Consultant.

Berikut adalah sebahagian gambar aktiviti sepanjang program berlangsung.


Program Citra Ibadah - Cintai Al Quran - Kem Iman difahamkan program ini adalah satu program pemantapan akhlak dan rohani pelatih


Perhimpunan pagi - doa, nyanyian lagu dan taklimat


aktiviti dalam dewan


semangat kerja berpasukan


walaupun sibuk dengan aktiviti, urusan yang satu ni memang tak boleh dilupakan, Alhamdulillah


ikhtiar hidup ke ni bang? hehe... ikhtiar, jangan tak ikhtiar...


menuju garisan penamat ke kak? patut laju semacam je, seram pun iye juga agaknya, maklumlah, gelap gelita suasana


Majlis penyampaian cenderahati dan penutup

Kem Iman D'Semungkis ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada IKTBN Sepang yang menganjurkan program yang berfaedah dan memberi pengetahuan kepada pelatih-pelatih mereka di samping membentuk sahsiah, jatidiri, semangat kerja berpasukan dan menerapkan nilai-nilai kepimpinan.

Kepada para pelatih yang telah mengikuti program ini dengan jayanya, sekalung tahniah dari Kem Iman. Anda sangat bertuah kerana bukan sahaja berjaya menjadi pelatih di Insitut Latihan Kemahiran Awam ini, malah dapat mengikuti program-program seumpama ini. Kem Iman percaya pengalaman dan pengetahuan yang ditimba amat berguna apabila para pelatih keluar ke alam pekerjaan kelak.

Sampai jumpa lagi.

Salam

Iman D'Semungkis Training & Motivation Camp

No comments:

Post a Comment