Monday, February 14, 2011

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011

Salam dan sejahtera,

Pada kesempatan kali ini, Kem Iman suka untuk mewar-warkan Pesta Belon Panas Putrajaya 2011 yang dijadualkan pada 18 - 20 Mac 2011 ini di tapak yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini, iaitu Presint 2.

Secara umumnya, pesta ini akan menampilkan belon-belon panas bukan sahaja dari negara Malaysia tetapi juga dari pelbagai negara luar. Sekiranya ada yang ingin merasai pengalaman menaiki belon panas, sila bersedia untuk beratur sepanjang sehingga 1 km seawal jam 6.30 pagi. Namun, sila jangan mengimpikan bahawa anda akan dibawa menaiki belon panas dan terbang di ruang udara Putrajaya. Apa yang akan berlaku adalah anda akan menaiki belon panas secara vertical (menegak) dan turun semula ke bawah untuk tempoh waktu yang sekejap sahaja. 

Selain daripada itu, para pengunjung yang datang dari luar Putrajaya bolehlah mengambil peluang  ini untuk melawati Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang terkenal dengan keindahan arkitektur bangunannya, menaiki cruise melayari tasik Putrajaya mahupun sekadar

Memandangkan Kem Iman masih dalam peringkat awal penubuhannya, kami tidak dapat menghantar belon panas kami untuk tahun 2011 ini. Walau bagaimanapun, kepada pihak pentadbiran sekolah terutamanya sekolah-sekolah daripada luar Lembah Kelang yang berhasrat membawa para pelajar ke acara ini bolehlah mempertimbangkan untuk menginap di kem Iman sekiranya ada kekosongan memandangkan tarikh tersebut jatuh pada cuti pertengahan penggal persekolahan

Untuk tujuan rujukan, kami sertakan juga takwim sekolah bagi tahun 2011 seperti berikut:

Takwim Sekolah 2011 Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 21
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16




II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 14
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 20
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 21
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14




Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78


   Kumpulan B :

  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
Sekian.

No comments:

Post a Comment