Thursday, March 1, 2018

UiTM Chamber Choir Berkampung Lagi ..... 25-28 Februari 2018

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

UiTM Chamber Choir bersama sama koordinator mereka Dr K yang handsome datang lagi berkampung di Kem Iman DSemungkis selama 4 hari 3 malam untuk persediaan menyertai pertandingan di Rome, Italy.







Jika sebelum ini mereka pernah datang pada tahun lepas untuk latihan pertandingan di Greece (mereka menang tempat pertama), kali ini kami di Kem Iman akan terus mendoakan kejayaan mereka. Semoga mereka dapat membawa balik piala kemenangan dan mengharumkan nama UITM dan Malaysia di mata dunia.

Seronokkan, penyertaan dalam kumpulan koir ini membolehkan mereka  menjelajah serata dunia. Caiyok caiyok UiTM Chamber Choir pasti boleh. Kami pun seronok tengok mereka berlatih siang malam tanpa jemu. Masuk kolam berenang pun masih berlatih menyanyi. Tengah makan pun tetiba nyanyi. Ribuan terima kasih sudi nyanyikan lagu Happy Birthday untu Amirah Taqiah dan lagu minang untu pekerja Kem yang rindukan kampung halaman. Memang mantap nyanyian mereka. Semoga berjaya menang tempat pertama lagi ya.

Kem Sahabat YADIM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kem Universiti Beijing 9-11 Februari 2018







Alhamdulillah Penuntut University Beijing Tajaan MARA dan KPM berkampung buat kali kedua di Kem Iman. Memandangkan bilangan peserta mereka yang sedikit , Kem Iman turut menerima satu lagi kumpulan dari UIAM iaitu Kem Sahabat YADIM.

Wednesday, February 7, 2018

Khidmat Fasilitator Kem Iman

Assalamualaikum wbt,



Nak buat program tapi tak cukup tenaga guru untuk membantu? Bimbang murid boring sebab asyik asyik cikgu saja yang mereka jumpa? Kat sekolah cikgu, datang kem pun cikgu? Ini jawapannya.

Guru guru yang ingin ingin mengadakan program di Kem Iman tetapi ingin memberi kelainan kepada murid murid dengan mendapatkan khidmat fasilitator  boleh menggunakan khidmat fasilitator yang disediakan pihak Kem Iman.

Tugas fasilitator adalah bagi membantu pengisian program Kem Kepimpinan, Kem Motivasi atau Kem Unit Beruniform yang ingin dianjurkan pihak sekolah. Aspek pengisian boleh dibincangkan dengan pihak Kem Iman. Kami akan mencadangkan tentatif mengikut program yang diinginkan oleh pihak sekolah, atau pihak sekolah boleh mencadangkan pengisian lain yang dikehendaki berdasarkan objektif program yang akan diadakan. Kami akan  menyesuaikan pengisian tersebut mengikut kehendak pihak sekolah.Yang penting cikgu tak penat dan murid gembira. Caj  fasi juga tak semahal menggunakan khidmat konsultan walaupun mereka boleh handle program a-z. Apalagi jomla datang buat program di Kem Iman.

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMK Puteri Wilayah Kuala Lumpur 10-12 November 2017












Tuesday, September 26, 2017

Perkampungan Debat Kelab Debat UNITEN 22-24 September 2017

Assalamualaikum semua pengunjung blog Kem Iman.

Alhamdulillah baru-baru ini Kelab Debat Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah memilih Kem Iman sebagai lokasi perkampungan debat merdeka pada kali ini. Khabarnya perkampungan ini diadakan bersempena pertandingan Debat Piala Diraja 2017 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bilangan peserta yang tidak ramai membolehkan mereka berlatih dan menggunakan segala ruang dan peluang yang ada sebaik-baiknya. Selamat berjaya diucapkan kepada mereka. Semoga berjaya memenangi Debat Piala Diraja 2017. Kami kongsikan gambar mereka yang diambil pada akhir program tersebut.
.