Nak buat program tapi tak cukup tenaga guru untuk membantu? Bimbang murid boring sebab asyik asyik cikgu saja yang mereka jumpa? Kat sekolah cikgu, datang kem pun cikgu? Ini jawapannya.
Guru guru yang ingin ingin mengadakan program di Kem Iman tetapi ingin memberi kelainan kepada murid murid dengan mendapatkan khidmat fasilitator boleh menggunakan khidmat fasilitator yang disediakan pihak Kem Iman.
Tugas fasilitator adalah bagi membantu pengisian program Kem Kepimpinan, Kem Motivasi atau Kem Unit Beruniform yang ingin dianjurkan pihak sekolah. Aspek pengisian boleh dibincangkan dengan pihak Kem Iman. Kami akan mencadangkan tentatif mengikut program yang diinginkan oleh pihak sekolah, atau pihak sekolah boleh mencadangkan pengisian lain yang dikehendaki berdasarkan objektif program yang akan diadakan. Kami akan menyesuaikan pengisian tersebut mengikut kehendak pihak sekolah.Yang penting cikgu tak penat dan murid gembira. Caj fasi juga tak semahal menggunakan khidmat konsultan walaupun mereka boleh handle program a-z. Apalagi jomla datang buat program di Kem Iman.
No comments:
Post a Comment