Friday, February 24, 2017

Gambar-gambar Terkini Kem Iman dan Harga 2017

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Maaf dah lama kami tak update blog ini, tetapi bisnes masih berjalan seperti biasa.

Bagi tahun 2017, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa kami masih mengenakan kadar harga yang sama. Rate kami masih sama sejak 2014. Jadi jangan rasa bimbang kerana meskipun harga minyak naik, harga barang semua naik tetapi kami masih mengekalkan harga agar semua pihak berpuas hati dan mampu menyertai program di tempat kami.

Kami faham dilema guru-guru yang cuba mencari Kem paling murah dan ibu bapa yang menghadapi masalah membayar yuran penyertaan anak-anak jika harga yang dikenakan mahal. Kerana itu, Kem  Iman masih mengenakan harga yang sama walaupun kemudahan telah di tambahbaik. Contohnya kami kini telah memiliki dewan berhawa dingin untuk keselesaan sepanjang program..

Kami mengalu alukan sebarang pertanyaan lanjut tentang Kem ini. Jika ada yang mahu memasak sendiri juga dibenarkan dengan syarat bilangan peserta dan guru mestilah 100 orang ke atas. Dapur dan semua peralatan serta peti ais dan freezer ada disediakan. Boleh bergotong royong memasak makanan sepanjang program, hanya bawa bahan untuk dimasak sahaja. Sesekali beri peluang murid bergotong royong memasak secara berkumpulan dengan pemantauan guru, pasti pengalaman baharu yang berharga untuk mereka.

Kepada pelanggan tetap yang setiap tahun tidak jemu jemu menyokong Kem Iman, ribuan terima kasih kami ucapkan. Semoga tuan/puan tidak jemu datang lagi pada masa hadapan.

Kem Iman juga maklum bahawa terdapat kebimbangan dalam kalangan pentadbir dan guru tentang wabak kencing tikus di Sg Congkak, Hulu Langat. Suka saya maklumkan bahawa Sungai Semungkis dan
Sungai Congkak bukan tempat yang sama walaupun masih dalam daerah Hulu Langat. Sg Congksk terletak di Batu 22 manakala Kem Iman di Bt 15. Walau bagaimanapun, jika masih ragu ragu untuk menjalankan aktiviti air, masih banyak aktiviti yang boleh dijalankan di Kem Iman, yang langsung tidak melibatkan air. Aktiviti tersebut boleh dibincangkan dengan fasilitator program tuan/puan, atau boleh juga menggunakan fasilitator yang disediakan pihak Kem Iman.

Yang penting, murid-murid seronok dapat berada di tempat baru dan menimba pengalaman baru, tidak hanya terkurung di kawasan persekitaran sekolah sahaja.

Akhir kata, dipaparkan gambar-gambar terkini Kem Iman untuk tatapan semua.






Sunday, April 26, 2015

Kemudahan Bagi Aktiviti Memanah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman semua, pihak pengurusan kem Iman dengan sukacita ingin mewar-warkan kemudahan baru yang ditawarkan di Kem Iman iaitu, kemudahan bagi aktiviti memanah. Aktiviti ini akan dijalankan di bawah kendalian mereka yang terlatih. Mudah-mudahan aktiviti baru yang ditawarkan ini dapat memenuhi keperluan pihak tuan-puan yang ingin mengadakan aktiviti di Kem Iman.

Untuk pengetahuan, aktiviti memanah merupakan aktiviti yang berupaya melatih seseorang individu untuk menjadi lebih fokus dan mempunyai matlamat dalam kehidupan. Aktiviti memanah memerlukan pemanah sentiasa berada dalam keadaan tenang dan sabar, fokus, mengawal pernafasan dengan baik, membaca keadaan persekitaran dan memerlukan koordinasi mental dan fizikal yang tepat. Ini dapat membentuk individu yang berdisiplin dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Aktiviti memanah boleh dimainkan oleh pelbagai peringkat umur dan jantina. Ia juga sesuai untuk riadah seisi keluarga memandangkan sifatnya yang tidak melibatkan sentuhan badan atau pergerakan fizikal dan percampuran yang agresif sifatnya. Yang menariknya lagi, pasukan memanah negara adalah merupakan antara pasukan terbaik di rantau Asia dan juga di peringkat dunia. Siapa tahu, mungkin ada anak-anak kita yang berbakat dan dapat dicungkil dan digilap bakatnya di peringkat awal serta dapat mewakili dan mengharumkan nama keluarga dan negara di persada antarabangsa. Apa yang past, aktiviti ini akan membentuk individu yang berdisiplin, berkeyakinan dan mengelakkan masa terbuang dengan sia-sia.

Akhir kata, Kem Iman ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelanggan yang sudi berkunjung dan mengadakan aktiviti di Kem Iman. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung kemudahan baru ini bolehlah menghubungi pihak kem Iman.

Sekian.




Wednesday, February 11, 2015

English In Camp 2014 PUSPANITA Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah sempena cuti akhir tahun 2014, PUSPANITA KPM telah menjalankan aktiviti English In Camp untuk anak-anak warga KPM di Kem Iman. Seramai 73 orang peserta berumur 9-15 tahun telah menyertai kem ini yang berlangsung pada 6-8 Disember 2014. Kem ini menggunakan modul yang dibangunkan oleh pensyarah dari English Language Teaching Centre (ELTC) manakala para fasilitator terdiri daripada pensyarah dan guru pelatih dari Institut Perguruan Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA). Pihak Yayasan Bank Rakyat juga turut bermurah hati menaja hadiah bagi menceriakan lagi para peserta. Piahk PUSPANITA KPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini.

Objektif program bertujuan untuk membantu murid meningkatkan keyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris melalui aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti treasure hunt, jungle trekking dan pementasan drama. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg. Datin Sri Yusrinah Ayub, isteri  Dato' Sri Dr. Khair Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang merupakan Pengerusi PUSPANITA KPM. Majlis penutup juga turut dihadiri oleh Pn .Roslina Mior Adlan, Timbalan Pengerusi PUSPANITA KPM yang juga isteri kepada Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Pengajian Tinggi dan juga Datin Akbal Hanam Talip, isteri TKPPM (Keguruan) yang merupakan Penyelaras Biro Pendidikan PUSPANITA.

Kem Iman berkongsi beberapa keping gambar yang sempat diperolehi sepanjang kem tersebut berlangsung. Feedback yang diterima amat memberangsangkan. Semoga para peserta berseronok dan jumpa lagi dalam English in Camp akan datang, InsyaAllah.

Saturday, November 22, 2014

Batch Cairdeas Sekolah Seri Puteri Cyberjaya di Kem Iman

Pada 7-8 November 2014 yang lalu seramai 160 orang murid dari SBP terbilang, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya telah berkampung di Kem Iman sempena program Kem Sinergi Minda SSP 2014. Mereka terdiri daripada murid-murid batch Cairdeas yang baru sahaja tamat menjalani peperiksaan PT3. Kem Iman berkongsi kegembiraan mereka release stress semasa kem ini berlangsung. Kepada semua adik-adik Cairdeas, kami doakan semoga berjaya mendapat Straight A's dalam PT3. CAIRDEAS BOLEH!!!


Amin.

Friday, October 10, 2014

VVIP di Kem Iman Sempena Kursus TOT Skuad Perlembagaan Persekutuan

Alhamdulillah pada 5-7 September 2014 yang lalu Kem Iman telah menjadi lokasi berlangsungnya Kursus TOT Skuad Perlembagaan Persekutuan. 

Apa yang lebih mengujakan kami ialah apabila penceramah -penceramah hebat telah diundang untuk memberi ceramah dan mengendalikan bengkel kepada peserta kursus tersebut. Mereka  terdiri daripada tokoh -tokoh yang hebat dan terkenal seperti Tun Hanif Omar dan Tan Sri Musa Hassan (Mantan Ketua Polis Negara), dan Dato' Mohd. Noor Abdullah (Mantan Hakim Mahkamah Rayuan)Tidak lupa juga Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Dr. Idris Mohd Noor dan  Prof Shamrahayu Abdul Aziz.  Berikut ialah gambar-gambar VVIP sepanjang program tersebut.



Para peserta juga tidak kurang hebatnya kerana ramai peserta terdiri daripada tokoh-tokoh penting dalam masyarakat. Terima kasih kepada  Tuan Azam selaku penganjur kursus ini . Kepada semua peserta terima kasih kerana sudi berkampung di Kem Iman selama 3 hari 2 malam dan jemput datang lagi! Kami terharu kerana dalam keadaan kem kami yang serba sederhana kami tidak menerima sebarang komplen daripada mereka. Malah Kem Iman dipuji kerana makanan kami dikatakan sedap dan mereka kekenyangan kerana asyik makan sahaja (makan 6x sehari) di samping harga yang dikenakan amat berpatutan. Syukur atas yang begitu positif dan menaikkan lagi semangat kami untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan.

Sekian sahaja coretan Kem Iman,Jumpa lagi di perkongsian coretan akan datang.