Alhamdulillah pada 5-7 September 2014 yang lalu Kem Iman telah menjadi lokasi berlangsungnya Kursus TOT Skuad Perlembagaan Persekutuan.
Apa yang lebih mengujakan kami ialah apabila penceramah -penceramah hebat telah diundang untuk memberi ceramah dan mengendalikan bengkel kepada peserta kursus tersebut. Mereka terdiri daripada tokoh -tokoh yang hebat dan terkenal seperti Tun Hanif Omar dan Tan Sri Musa Hassan (Mantan Ketua Polis Negara), dan Dato' Mohd. Noor Abdullah (Mantan Hakim Mahkamah Rayuan)Tidak lupa juga Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Dr. Idris Mohd Noor dan Prof Shamrahayu Abdul Aziz. Berikut ialah gambar-gambar VVIP sepanjang program tersebut.
Para peserta juga tidak kurang hebatnya kerana ramai peserta terdiri daripada tokoh-tokoh penting dalam masyarakat. Terima kasih kepada Tuan Azam selaku penganjur kursus ini . Kepada semua peserta terima kasih kerana sudi berkampung di Kem Iman selama 3 hari 2 malam dan jemput datang lagi! Kami terharu kerana dalam keadaan kem kami yang serba sederhana kami tidak menerima sebarang komplen daripada mereka. Malah Kem Iman dipuji kerana makanan kami dikatakan sedap dan mereka kekenyangan kerana asyik makan sahaja (makan 6x sehari) di samping harga yang dikenakan amat berpatutan. Syukur atas yang begitu positif dan menaikkan lagi semangat kami untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan.
Sekian sahaja coretan Kem Iman,Jumpa lagi di perkongsian coretan akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment