Assalamualaikum wbt,
Kem Iman dipilih menjadi tempat bersantai bagi keluarga anak-anak Siti Fatimah. Inilah masanya mereka bertemu dan mengeratkan siratulrahim kerana masing masing telah bekerja dan berkeluarga sendiri. Berkonsepkan masak sendiri, mereka menyediakan hidangan BBQ pada sebelah malam dan keesokannya menyediakan hidangan shell out pula. Memang menyelerakan bila tengok gambar pun tahu sedap.
Kami di Kem Iman memang menggalakkan masak sendiri untuk hari keluarga yang diadakan di kem kami. Bekerja sama menyiapkan hidangan untuk dimakan bersama sama semua ahli keluarga sambil bersembang dan bercerita adalah detik detik manis yang hanya dapat dinikmati apabila ahli keluarga berkumpul beramai ramai dan melakukan kerja bersama sama. Tuan/puan hanya perlu beli barang untuk dimasak sahaja kerana semua peralatan telah disediakan pihak kem. Bersama sama ini kami kongsikan gambar-gambar keluarga ini.
Monday, March 5, 2018
Perkhemahan Perdana SK La Salle Klang 23-25 Februari 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kem Iman berbesar hati mengendalikan perkhemahan Perdana SK La Salle klang pada tarikh tersebut dengan bantuan fasilitator kami yang didatangkan khas dari Kelab PRS Universiti Teknikal Melaka.
Alhamdulillah feed back yang diterima amat menggalakkan. Murid murid ada yang menangis-nangis tak mahu balik dan guru-guru juga menyatakan rasa puas hati dengan perkhidmatan kami. Terima kasih kepada fasilitator yang yang banyak membantu dan semua guru SK La Salle termasuk puan guru besar yang begitu sporting bermalam di kem untuk menemani murid-murid.
Alhamdulillah terima kasih semua. Sudilah kiranya datang lagi ke tempat kami.
Thursday, March 1, 2018
UiTM Chamber Choir Berkampung Lagi ..... 25-28 Februari 2018
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
UiTM Chamber Choir bersama sama koordinator mereka Dr K yang handsome datang lagi berkampung di Kem Iman DSemungkis selama 4 hari 3 malam untuk persediaan menyertai pertandingan di Rome, Italy.
Jika sebelum ini mereka pernah datang pada tahun lepas untuk latihan pertandingan di Greece (mereka menang tempat pertama), kali ini kami di Kem Iman akan terus mendoakan kejayaan mereka. Semoga mereka dapat membawa balik piala kemenangan dan mengharumkan nama UITM dan Malaysia di mata dunia.
Seronokkan, penyertaan dalam kumpulan koir ini membolehkan mereka menjelajah serata dunia. Caiyok caiyok UiTM Chamber Choir pasti boleh. Kami pun seronok tengok mereka berlatih siang malam tanpa jemu. Masuk kolam berenang pun masih berlatih menyanyi. Tengah makan pun tetiba nyanyi. Ribuan terima kasih sudi nyanyikan lagu Happy Birthday untu Amirah Taqiah dan lagu minang untu pekerja Kem yang rindukan kampung halaman. Memang mantap nyanyian mereka. Semoga berjaya menang tempat pertama lagi ya.
Kem Sahabat YADIM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kem Universiti Beijing 9-11 Februari 2018
Alhamdulillah Penuntut University Beijing Tajaan MARA dan KPM berkampung buat kali kedua di Kem Iman. Memandangkan bilangan peserta mereka yang sedikit , Kem Iman turut menerima satu lagi kumpulan dari UIAM iaitu Kem Sahabat YADIM.
Subscribe to:
Posts (Atom)