Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah sempena cuti akhir tahun 2014, PUSPANITA KPM telah menjalankan aktiviti English In Camp untuk anak-anak warga KPM di Kem Iman. Seramai 73 orang peserta berumur 9-15 tahun telah menyertai kem ini yang berlangsung pada 6-8 Disember 2014. Kem ini menggunakan modul yang dibangunkan oleh pensyarah dari English Language Teaching Centre (ELTC) manakala para fasilitator terdiri daripada pensyarah dan guru pelatih dari Institut Perguruan Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA). Pihak Yayasan Bank Rakyat juga turut bermurah hati menaja hadiah bagi menceriakan lagi para peserta. Piahk PUSPANITA KPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini.
Objektif program bertujuan untuk membantu murid meningkatkan keyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris melalui aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti treasure hunt, jungle trekking dan pementasan drama. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg. Datin Sri Yusrinah Ayub, isteri Dato' Sri Dr. Khair Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang merupakan Pengerusi PUSPANITA KPM. Majlis penutup juga turut dihadiri oleh Pn .Roslina Mior Adlan, Timbalan Pengerusi PUSPANITA KPM yang juga isteri kepada Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Pengajian Tinggi dan juga Datin Akbal Hanam Talip, isteri TKPPM (Keguruan) yang merupakan Penyelaras Biro Pendidikan PUSPANITA.
Kem Iman berkongsi beberapa keping gambar yang sempat diperolehi sepanjang kem tersebut berlangsung. Feedback yang diterima amat memberangsangkan. Semoga para peserta berseronok dan jumpa lagi dalam English in Camp akan datang, InsyaAllah.
Wednesday, February 11, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)