Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 14 hingga 16 Mei yang lepas, Kem Iman telah menerima kehadiran sekumpulan 93 orang murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kota Warisan yang mengikuti Kem Kecemerlangan dan Jati Diri (Kendiri) yang dikendalikan oleh perunding, Exact Training Consultant.
Apa yang menariknya pada kali ini adalah Kem Iman buat julung-julung kalinya telah membuka kemudahan aktiviti sukan lasak wall climbing dan abseiling/rapelling untuk digunakan. Dan apa yang lebih-lebih dan semakin menarik bagi Kem Iman adalah sambutan di kalangan para peserta seusia 12 tahun yang sangat berani dan lincah tanpa kelihatan takut atau gayat dalam menyertai aktiviti lasak ini. Kami percaya aktiviti ini akan dapat menanam minat terhadap aktiviti yang sihat di samping memupuk jati diri dan keyakinan dalam diri para peserta.
Selain daripada itu, perkhemahan pada kali ini turut mencabar keupayaan kem iman dalam menyediakan aktiviti yang pelbagai dan mencabar yang antara lainnya melibatkan aktiviti di sungai dan aktiviti di lereng bukit yang terletak di bahagian belakang Kem Iman.
Tanpa ingin menulis lebih panjang, kami kongsikan gambar-gambar anak kecil ini di Kem Iman untuk tatapan para pembaca.

Malam pertama, semua para peserta kelihatan segar dan ceria.
Boling padang
Aktiviti air
taklimat aktiviti air
macam-macam reaksi para peserta kita ni, ada yang fokus tak kurang yang menongkat dagu semasa taklimat di beri... mungkin dah biasa jumpa sungai
kenapa dik? ada ikan jerung ke dalam sungai tu?
Spiderman/spiderwoman beraksi, wall climbing/abseiling/rapelling
dah sampai ke atas ke atau baru nak turun tu dik... tapi sekali pandang macam tersangkuuuut je tu, ke atas idak, turun pun idak kome ni yop
adik srikandi kita
aiman tak kisah, tak gayat pun... posing sikit
ada orang beritahu tak sebelum ni, adik ada bakat jadi ahli bomba la... hehe
ish...ish...ish...ish...ish, kami tabik la kat adik ni, steady je muka dia
Aktiviti luar
abang baju hijau sedang memberi penerangan mengenai ikhtiar hidup
macam-macam reaksi la adik-adik peserta kita ni
panjat bukit, rileks je diorang ni... dah biasa ke? cepat sikit dik, kawan di bawah tu ramai lagi yang menunggu
haaaaa! ini aktiviti wajib, tak kira di mana sekalipun dan semasa menjalankan aktiviti apa pun, solat ini yang paling utama dan tak boleh miss... salah satu cara kita memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa lagi Maha Pemurah dan Maha Penyayang
ikhtiar hidup dan teamwork, misi tidak boleh tidak dan tidak boleh gagal
Kenapa kami kata misi tidak boleh tidak dan tidak boleh gagal, tengok jelingan adik-adik ni semasa berdoa, seram teman yeop kalau orang tenung teman macam tu... haha
Sesi muhasabah diri, sejuk perut ibu yang mengandungkan kome ni semua dik oiii, Amin
Mudah-mudahan semua para peserta telah menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu semasa di Kem dan dapat menjadi bekalan dan titik tolak untuk menjadi insan yang lebih baik yang akan menyumbang secara positif kepada agama, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Akhir kata, Kem Iman ingin D'Semungkis ingin merakamkan setinggi tahniah dan syabas kepada para peserta dan perunding yang mengendalikan Kem Kendiri ini dengan jayanya.
Wassalam